#5 SEBAB MELANCONG GUNA TRAVEL AGENCY

Bila nak pergi melancong, kita selalu fikir yang melancong secara sendiri lebih jimat jika dibandingkan dengan menggunakan travel agency. Mungkin betul, jika anda sememangnya pakar dalam selok-belok tempat yang anda ingin pergi melancong. Jika tidak, berikut merupakan 5 sebab anda perlu guna travel agency untuk trip percutian anda.

#1 Booking lebih murah dan jimat

Selalunya kita rasa travel agency akan mengenakan charge berganda untuk urusan booking anda. Anda silap, kebiasaannya travel agency akan mendapatkan harga kontrak dari penyedia perkhidmatan seperti hotel, kereta sewa, pemilik homestay, themepark, ticketing, mahupun tiket kapal terbang, feri dan sebagainya. Justeru, harga yang diberikan samada lebih murah ataupun sama dari harga jualan biasa.

#2 Diskaun tambahan

Kebiasaannya travel agency akan memberikan diskaun tambahan mengikut jumlah pakej yang dibeli dan bilangan peserta. Jadi, lebih ramai, lebih banyak diskaun yang anda akan terima. Harga yang ditawarkan mungkin jauh lebih murah dari percutian yang anda uruskan sendiri.

#3 Pakej lengkap

Anda juga boleh mendapatkan pakej lengkap dari travel agency bermula dari anda keluar rumah hinggalah kesemua tempat yang anda lawati. Mungkin, untuk lebih jimat anda hanya memilih pakej tertentu, sesuai dengan bajet anda, namun anda masih menikmati pakej dengan harga promosi. 
Contohnya, pakej percutian 3D2N yang menyediakan hotel, kereta sewa, aktiviti riadah, tempat lawatan dan sebagainya. 

#4 Lebih teratur

Pecutian anda juga lebih teratur dengan travel agency. Ini kerana, pihak agent akan mencadangkan itinerary untuk perjalan anda. Walaupun demikian, pihak agent tetap memberikan fleksibiliti kepada pelanggan mengikut kesesuaian dan keperluan anda. Anda juga boleh mengesyorkan itinerary kepada pihak agent agar mereka tahu kehendak dan keperluan anda. 


#5 Semuanya diuruskan 

Jika anda membuat booking sendiri, anda perlu membuatnya satu demi satu. Contohnya, pilih hotel dan booking. Mencari kereta sewa sendiri. Pergi ke tempat lawatan dan membeli tiket sendiri. Lebih parah, anda dikenakan charge yang lebih mahal untuk setiap satu booking yang anda deal secara sendiri. 
Namun, jika anda menggunakan travel agency, kesemua proses booking akan diuruskan oleh travel agency. Anda hanya perlu bayar dan follow itinerary yang telah tersedia. Ingat, diskaun tambahan akan diberikan mengikut jumlah booking. 

Comments