Oleh: Murni Alysa
Dah selesai bab sewa kereta sekarang kami kena uruskan pasal hotel pulak. Kebetulan haritu kami sampai awal jadi sempat laa kami pergi makan dahulu kat Pekan Kuah sementara menunggu masa untuk check-in hotel pukul 2ptg. Untuk 4 hari 3 malam ni kami menginap di Century Helang Hotel bersebelah jer dengan pagar Langkawi Airport ini. Kalau nak jalan kaki pon boleh kerana ada satu laluan khas dari airport ni ke Century Helang Hotel ni.
Alhamdulillah kami selamat check-in. Sebenarnya 6 tahun lepas Murni dah pernah menginap disini. Sebab itu kali ini Murni memilih untuk menginap disini lagi. Salah satu faktor utama adalah kerana bilik hotel ini sangat luas. Kedua sebab ada swimming pool..almaklum dah ada anak mereka mesti kalau nak berjalan nak mandi kolam. Dan faktor ketiga adalah harga yang berpatutan. Husband dah booking bilik hotel ini melalui amoma.com 3bulan yang lepas dan dapat laa harga RM159/Night include 3 hari breakfast untuk 2orang. Kira murah juga laa tu sebab masa tu musim cuti sekolah.
Comments
Post a Comment